Saturday, 19 July 2014

Batik Dinding

SEJARAH BATIK
Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik  pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu.Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik dikawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masaitu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri denganmenggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru danhitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembanganBatik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalamtahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorangdari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu.Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakanteknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji Alimembawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru iaitumenggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin diciptaoleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. MohdYussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (WakilSyarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan HajiChe Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkanoleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakantekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadiidentiti baru dalam seni Batik.


CARA MEMBUAT BATIK


Berikut ini adalah alat dan bahan yang harus disiapkan untuk membuat batik lukis : 
·        1. Material (kain) dari jenis kapas, rayon, sutera dan linen. 
·        2.Canting sebagai alat melukis motif. 
·        3.Pemidang sebagai tempat untuk menghampar kain dengan keadaan tegang.
·        4.Dapur untuk mencairkan lilin dan rozin
·        5.Warna cecair

Langkah-langkah memproses batik lukis (Mulakan dulu dengan menggunakan bingkai (frame) yang kecil dulu).  Cara menghasilkan batik lukis amat mudah tetapi memrlukan disiplin dan ketekunan.  Caranya menghasilkan lukisan batik lukis adalah seperti berikut : 

1.     Melakar reka corak dengan pensil lembut pada permukaan kain di pemidang mengikut selera dan idea masing-masing, samada flora fauna, semi abstrak, geometrikal atau organik dengan cara spiral, gelombang, susunan batu-bata dan sebagainya.  
2.     Melukis dengan lilin malam menggunakan canting pada lakaran pensil yang telah dilukis tadi.  Sila pastikan semua RUPA reka corak yang dilukis hendaklah bercantum untk memastikan ruang yang diwarnakan nanti tidak merebak keluar dari corak tersebut. 
3.     Sapukan cecair warna (dyestuff) mengikut selera pelukis dengan menggunakan berus cina (lebih mudah).  Padankan warna supaya kelihatan menarik.
4.     Setelah kering, sapukan pemati warna (Sodium Silicate) pada permukan kain yang telah diwarnakan tadi dan tunggu sehingga kering selama 2 hingga 3 jam.   
5.     Setelah cukup masanya, kain tersebut dikeluarkan daripada bingkai dan basuhkannya. Ini bermakna warna pada kain telah dimatikan dan ia tidak akan luntur lagi.  
6.     Rebuskan kain tersebut untuk memisahkan lilin pada kain dengan memasukkan sedikit serbuk soda. 
7.     Keringkan dan gosokkannya. 
8.     Pasangkan pada bingkai cermin untuk dijadikan sebagai hiasan dinding. 


TOKOH MIRI
Abdul Malik Bin Adenan

Asal : Batu Niah , Miri
Permulaan : Perdanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan – 2 Tahun (1990-1992)
·      Perniagaan pertama : Bekenu(1993-2001)
·      Perniagaan kedua : Miri(July 2001)
-sebelum berniaga di Miri (mengikuti Jualan Terbuka di Miri)
Tahun 2004
Ø Pameran dan Jualan Kraf tangan,Suntex City Hall ( Singapora)



LAMPIRAN


Ø Kedai Malik Batek Craft di Miri Handicraft Centre– milik Abdul Malik bin Adenan
 
Ø Karya baru disiapkan oleh Abdul Malik untuk dijual
Tema : Bumi Kenyalang di Bawah Bayu
      *  Canting dahulu,warna kemudian dan akhir lukis

Rujukan
 1.http://onlinecmabatik.wordpress.com/2012/12/05/10/
2. http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=174:cara-membuat-lukisan-batik-lukis&Itemid=40
3.Abdul Malik bin Adenan,Miri Handicraft Centre




 

No comments:

Post a Comment